Karnival Sekolah Khas Klang (SAMH) 2015 diadakan pada 23hb. Mei 2015 (sabtu) pada jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang di padang Sekolah Khas Klang, Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, 41200 Klang, Selangor.   Karnival ini dirasmikan oleh En. Baharuddin bin Abu Kassim selaku Timbalan Presiden SAMH. Pelbagai jenis gerai makanan / minuman, jualan sayur-sayuran organik, kraftangan dan jualan lambak telah disediakan oleh guru-guru dan ibubapa Sekolah Khas Klang. Karnival ini diadakan untuk mengisi tabung kewangan persatuan. Ramai penderma telah memberi sumbangan ikhlas berupa cek dan wang tunai. Kehadiran dan sokongan dari orang ramai telah memeriahkan karnival ini.

Similar Posts