Kenali SAMH, Sayangi Wisma Harapan

PERSATUAN UNTUK ORANG KURANG UPAYA AKAL
SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN

SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA
Kepada Ibubapa / Penjaga
Anak-Anak Berkeperluan Khas

Berita baik yang mesti anda ketahui di SAMH!!

Kami di SAMH menawarkan 4 program utama di 3 buah Sekolah / Pusat di sekitar Lembah Klang. SAMH membawa maksud Selangor And Federal Territory Association For The Mentally Handicapped.

Program yang kami tawarkan adalah :

1. Program Pendedahan Pendidikan Awal Kanak-Kanak @ Early Intervention Program(EIP)

Program ini direka khususnya kepada anak-anak yang mempunyai masalah pembelajaran dalam lingkungan umur 6 tahun dan kebawah. Pelbagai modul pembelajaran serta aktiviti dalam dan luar yang sesuai untuk mengenal pasti kebolehan agar anak-anak ini mampu bersaing seperti kanak-kanak normal yang lain.

2. Program Sekolah @ Pembelajaran Khas Integrasi

Program ini adalah kesinambungan selepas tamatnya Program EIP atau pelajar yang telah mencapai umur 7 tahun hingga ke 17 tahun. Program ini direka khususnya untuk pelajar-pelajar mempelajari asas didalam mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Jasmani. Selain itu pelajar juga diajar kemahiran hidup agar dapat menguruskan diri dengan baik. Selain pembelajaran didalam kelas pelbagai aktiviti luar dan dalam sekolah, antaranya seperti berkuda, renang, lawatan sambil belajar dan perkhemahan.

3. Pusat Latihan Vokasional @ Vocational Training Centre (VTC)

Pusat latihan Vokasional adalah tempat bagi pelajar-pelajar yang telah pun menamatkan Program Sekolah di SAMH atau pun mereka yang telah tamat di sekolah-sekolah Kerajaan juga diterima masuk ke Program VTC ini. Pusat ini adalah bagi pelajar yang berumur 18 tahun dan keatas, dan di SAMH kami tiada had umur. Kami terus berbakti agar nasib pelajar-pelajar ini terbela selepas pelajar ini menjadi remaja dan seterusnya dewasa. Pusat Latihan Vokasional menawarkan 4 jenis pembelajaran asas, antaranya ialah : Unit Jahit, Unit Kemahiran Hidup, Unit Kraftangan dan Unit Bakul Kertas. Kelebihan yang ada di VTC ini, pelajar yang berkemahiran akan ditempatkan di Unit Bakul Kertas selepas tamat tempoh percubaan yang ditetapkan oleh guru. Selepas itu pelajar yang ada di unit ini akan membuat bakul menggunakan kertas untuk dijual di pasaran dalam dan luar, hasil jualan tersebut akan berikan elaun kepada pelajar terbabit.

4. Bengkel Terlindung @ Shelter Workshop

Bengkel Terlindung adalah tempat dimana pelajar-pelajar yang berkebolehan bekerja dan berdikari akan diambil bekerja di dalam Bengkel Terlindung. Bengkel ini adalah salah satu usaha SAMH untuk mendapatkan tempat pekerjaan bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas yang tidak mendapat pasaran kerja diluar. Bengkel ini turut menyediakan suasana seperti didalam pekerjaan sebenar. Mereka diajar tabiat kerja yang baik seperti menghormati rakan sekerja dan menepati masa melalui Kad Perakam Waktu. Di Bengkel ini, kami menyediakan beberapa kontrak kerja, antaranya dari Syarikat Star Publication (M) Bhd. , Peraliph Sdn. Bhd. dan QSR Manufacturing Sdn. Bhd. (KFC). Selain menerima elaun dari kerja-kerja yang dilakukan, pelajar di Bengkel ini layak menerima Elaun Pekerja Cacat dari JKM Malaysia.

Antara Sekolah / Pusat yang terdapat di SAMH terletak di Brickfields Kuala Lumpur (Ibu Pejabat) yang dikenali dengan nama Wisma Harapan, Sekolah Khas Jinjang Utara dan Sekolah Khas Klang. Pelbagai lagi aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan di SAMH buat anak-anak istimewa ini seperti Kelas Renang, Aktiviti Berkuda, Aktiviti Perkhemahan, Sukan Para Sukma, Lawatan Sambil Belajar dan aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak ini.

Dapatkan maklumat lebih lanjut dengan menghubungi kami di talian : 0322741457 / 75
Layari FB & IG kami dengan carian wismaharapan dan website : www.mysamh.org