Majlis Anugerah Ibu Kiwanis 2015

Majlis “Anugerah Ibu Kiwanis” diadakan pada 17hb.Mei 2015 di Grand Dorset , Subang anjuran Kiwanis Club Of TTDI. Daripada 6 pemenang yang terpilih, 2 daripada pemenang adalah daripada SAMH. Pn.Nurasyikin bt. Abd. Halim dari Program. Pendedahan Awal (E.I.P.) dan Pn. Lim Kim Fang dari Bengkel Terlindung. Para pemenang menerima wang tunai,bunga,sijil dan hamper.

Pengangkutan juga disediakan untuk mereka, pergibalik dari rumah ke hotel dan sebaliknya. Para pemenang diberi penginapan di hotel untuk satu malam dan menghadiri majlis jamuan makan di Hotel Grand Dorsett, Subang.Syabas diucapkan kepada kedua-dua ” Ibu Istimewa”.